Di setiap perjuangan yang dilakukan pastilah akan berlakunya pengorbanan yang besar. Ini menjadi lumrah perlaksanaan bahawa ke dua-dua ini tidak boleh di pisahkan antara satu dengan yang lain. Perjuangan yang dilakukan tanpa pengorbanan mungkin boleh terjadi tetapi rasa syukur yang dilafazkan mungkin hanya sekadar sahaja.
Perjuangan diertikan sebagai perlaksanaan dan tindakan kita mengejar sesuatu yang diimpikan. Mengejar sesuatu dan sentiasa fokus ke hadapan. Manakala pengorbanan diertikan melepaskan sesuatu kerana ingin mencapai tujuan yang diimpikan tanpa rasa sesal. Biasanya pengorbanan yang dilakukan melibatkan sesuatu yang kita sayang.
Segalanya bermula pada diri kita sendiri. Serahkan segala jiwa raga, masa, tenaga, harta mencapai tujuan yang kita inginkan demi mencapai impian yang dihajati. Sudah pasti ia sungguh bermakna dan menepati apa yang kita ingini. Jika ingin kan CINTA sejati carilah, berjuanglah serta korbankanlah diri untuk mendapat CINTA yang dicari. Jika mahukan pasangan yang beriman jadikanlah diri kita terdahulu seorang yang beriman.Semailah keimanan dalam diri untuk mewujudkan perjuangan dan pengorbanan yang suci…
Sesungguhnya perjuangan dan pengorbanan yang tulus dan ikhlas pasti membuahkan hasil yang sangat bermakna, berharga dan teramat istimewa.
5 comments:
waduh2 berkorban apa saja
apa kata ko korbankan kete kancil ko utk aku apai?
"Serahkan segala jiwa raga, masa, tenaga, harta (kete kancil wooo)..."
haha
stuju ngn shuk
ape lagi apy, utk murah dpt rezeki, blanje2 la kami!!
moj!
mne bole ksik gitu2 je , berjasa oo kete tu ..
tott ni ,x abes2 banje .. mntk la kt abg yg kt atas tu .. 4sure dia nk banje ~ kn ? kn?
fuyyyoo...
caya la apy!!!
fuyuuu ~ khas utk wanita ...haha
Post a Comment